Website apa perlu saya buat?

Kebanyakan website terbahagi kepada tiga. 3 jenis website asas yang anda perlu tahu adalah :

  1. Website korporat
  2. E-commerce
  3. Landing page

Website korporat

Website korporat adalah website untuk sesebuah organisasi syarikat atau pertubuhan. Kebanyakan website ini mempunyai 5 halaman utama iaitu :

  1. Utama
  2. Hubungi kami
  3. Siapa kami
  4. Produk/servis
  5. Kerja

Kebiasaan website ini mementingkan nilai estetik kerana ia merupakan first impression kepada sesebuah syarikat dan bukan sahaja menarik bakal pelanggan, malah website yang cantik juga dapat menarik bakat-bakat baru untuk menyertai syarikat.

Siapa yang sesuai untuk website korporat?

Untuk anda yang menawarkan servis dan mempunyai proses closing client yang agak panjang. Website korporat sangat sesuai juga untuk menjalankan kempen lead generation iaitu mendapatkan database pelanggan.

Website korporat juga sesuai untuk anda yang menjual produk yang mahal dan memerlukan personal touch sebelum pelanggan membuat keputusan.

E-commerce

Ini adalah website yang lebih canggih berbanding website korporat. E-commerce dapat melayan pembelian daripada pelanggan daripada mula sehingga pelanggan selesai membuat bayaran.

Fungsi e-commerce tidak terhenti di sini, e-commerce juga dapat merekrut ejen dan ejen boleh terus mendapat komisyen terus daripada website.

E-commerce dapat menyenangkan pemilik bisnes daripada pelbagai aspek dan dapat menjimatkan kos perniagaan daripada pelbagai sudut seperti :

  • Sistem invoicing
  • Sistem pengurusan stok
  • Sistem ejen
  • Team sales
  • Integrasi dengan postage

Siapa yang sesuai dengan e-commerce?

E-commerce sangat sesuai untuk anda yang mementingkan branding dan first impression. Jika anda mempunyai banyak produk ataupun produk anda saling melengkapi antara satu sama lain, website e-commerce sangat sesuai untuk anda.

Jika anda menjalankan servis, website ini tidak sesuai untuk anda.

Landing page

Landing page mempunyai banyak nama timangan iaitu sales page, funnel dan banyak lagi. Abaikan nama, kita fokuskan kepada fungsi.

Fungsi landing page adalah untuk mendapatkan jualan dalam kadar maksimum untuk sesuatu produk, ya spesifik satu produk sahaja untuk sebuah landing page. Jika anda ingin mempromosikan produk kedua, anda perlu mempunyai landing page kedua.

Landing page adalah sebuah website panjang yang menjawab segala pertanyaan pelanggan sehingga pelanggan yakin dan melakukan proses pembelian.

Siapa yang sesuai memiliki landing page?

Landing page sangat sesuai kepada anda yang baru saja memulakan perniagaan ataupun ingin mempromosikan atau melancarkan produk baru.

Website jenis ini juga sesuai untuk anda validate market sebelum all out untuk mengeluarkan produk daripada kilang.

Sebenarnya landing page ni sesuai untuk semua jenis perniagaan, walaupun anda sudah mempunyai website e-commerce. Ini kerana conversion landing page lebih tinggi berbanding e-commerce. Conversion landing page secara purata adalah 20% manakala conversion e-commerce adalah sekitar 3% sahaja.

Senang cerita landing page adalah tools yang sangat berguna untuk mencari jualan, website ini sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi iklan.

Share This Post

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best

More To Explore

Website apa perlu saya buat?

Kebanyakan website terbahagi kepada tiga. 3 jenis website asas yang anda perlu tahu adalah : Website korporat E-commerce Landing page Website korporat Website korporat adalah

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch